Pernahkah anda, atau kenalan anda mengalami masalah jerawat yang teruk seperti gambar di atas?
ACNE CONGLOBATA adalah sejenis masalah nodulocystic acne (jerawat yang besar dan bernanah sesetengahnya bercantum dengan jerawat di sekitar kulit) yang jarang berlaku. Jerawat jenis ini mempunyai jaringan di bawah kulit dan dipenuhi dengan nanah (interconnecting abscesses and sinuses).
Kesannya ia akan membentuk parut jerawat jenis tebal (hypertrophic) atau nipis (atrophic) meninggalkan kulit menjadi seperti gunung ganang.
ACNE CONGLOBATA kadang kalanya bukan mempengaruhi muka sahaja, ia juga sering di kaitkan dengan masalah penyumbatan folikel yang lain seperti HIDRADENITIS SUPPURATIVA - keadaan di mana biji bernanah timbul di ketiak, kelengkang dan juga di bawah lipatan buah dada. ACNE CONGLOBATA boleh juga menjadi penanda aras untuk masalah genetik dipanggil PAPA SYNDROME. (sejenis penyakit genetik autoinflammatory disorder melibatkan sendi dan kulit iaitu PYOGENIC ARTHRITIS, PYODERMA GANGRENOSUM DAN ACNE atau dipanggil PAPA SYNDROME)
Semestinya untuk masalah seperti ACNE CONGLOBATA ini, anda perlu mendapatkan rawatan pakar kulit supaya masalah2 lain yang berkaitan turut dapat dikesan.
Boleh follow tiktok saya @klinikdrbazilah atau IG saya @dr_bazilah dan @klinikdrbazilah untuk tips-tips berkenaan kulit yang lain.
Terima kasih kerana membaca. 😊
sumber : dermnet
Comments