top of page
Search
Writer's pictureSiti N

GATALNYA EKZEMA!

Updated: Sep 7, 2023



Hi, semalam saya dapat satu kes Hand dermatitis/eczema. Jom kita kenal penyakit ni.


Hand dermatitis boleh dikatakan antara masalah kulit yang selalu saya jumpa di klinik. Sekurang kurangnya 1 dalam setiap 20 orang boleh dapat hand dermatitis ini. Kebiasaannya mereka datang dengan masalah kulit di tangan yang sangat kering, bersisik, merah, panas, sakit dan kulit merekah.


👉 Jadi siapa kah yang berisiko untuk mendapat hand dermatitis ini?


1. Mereka yang mempunyai masalah ekzema sejak kecil (atopic eczema) .


2. Pekerja yang memerlukan mereka mencuci tangan dengan kerap seperti tukang masak, tukang gunting rambut, doktor, nurse, dll. .



👉 Hand dermatitis boleh juga terjadi disebabkan oleh bahan chemical seperti sabun, detergent.


Ia juga boleh terjadi disebabkan oleh seseorang itu alahan dengan alergen yang mereka sentuh seperti pewangi, dye rambut, getah, besi dan sebagainya.


Walaubagaimanapun kebanyakannya terjadi tanpa sebab yang diketahui. Cara untuk anda tahu anda allergic terhadap sesuatu bahan adalah dengan melakukan patch test seperti yang pernah saya kongsikan di instagram saya @dr_bazilah sebelum ini.


👉 Tangan yang terkena hand dermatitis ini selalunya kering dan mengelupas, merah, pedih sakit dan panas, serta kadang-kadang pecah/crack dan berdarah bila mereka cuba untuk tegakkan jari jemari. .


👉 Rawatan yang diperlukan selalunya ialah dengan menghindari alergen atau bahan yang mereka alergi dan harus kerap menggunakan pelembap.


👉 Secondary bacterial infection juga boleh berlaku dan mereka ini mungkin memerlukan antibiotic dalam bentuk sapuan atau makan. Krim steroid juga boleh melegakan keradangan yg berlaku. Untuk mengurangkan rasa gatal, ubat antihistamine juga akan diberikan oleh doktor.

Jika keadaan kulit sangat teruk, mereka mungkin perlu juga mengambil ubat steroid secara oral atau ubat lain yang boleh mengurangkan radang .


Sekarang anda sudah faham serba sedikit tentang hand dermatitis. Sebarkan pada rakan-rakan atau keluarga anda yang ada masalah hand dermatitis ini ya. Harapnya info ini boleh membantu.


Boleh follow tiktok saya @klinikdrbazilah atau IG saya @dr_bazilah  dan website drbazilah.com untuk tips-tips lain.

Terima kasih kerana membaca😉

1,474 views0 comments

Comments


bottom of page