Visible light adalah spektrum dalam gelombang electromagnetic yang boleh dilihat dengan mata manusia. Di samping visible light adalah UV atau ultraviolet light.
Tahukah anda kenapa kita perlu tahu ancaman visible light ni atas kulit kita? Peranan visible light pada mereka yang berkulit cerah boleh menyebabkan kulit menjadi lebih merah, manakala untuk mereka yang berwarna seperti kulit Asia, boleh menyebabkan pigmentasi atau jeragat bertambah teruk. ✍️ Bila kajian dibuat terhadap 2 kumpulan wanita yang ada jeragat, kumpulan A hanya memakai sunscreen menghalang sinar UV sahaja, manakala kumpulan B memakai sunscreen menghalang sinar UV Dan VL(visible light). MASI score (penilaian terhadap berapa teruk jeragat anda) berkurang sebanyak 75% utk kumpulan UV +VL, Dan 60% untuk sinar UV sahaja. ✍️ Boukari et Al membuktikan yang perlindungan dari UV light dan visible light dengan tinted sunscreen di kalangan mereka yang mempunyai melasma boleh menghalang relapses (jeragat datang balik) lebih baik dari perlindungan terhadap sinar UV menggunakan untinted sunscreen sahaja. Apa pula tu tinted sunscreen? "Definition of tinted sunscreen is a product that combine a coloured based coverage with UV filters."
The difference between the tinted and untinted sunscreen is the presence or absence of iron oxide/titanium dioxide pigments. (particle size 300nm).
Bissonnette et all membuktikan apabila 2 jenis sunscreen spf 50 dengan kepekatan iron oxide yang berbeza ( 3.2% iron oxide vs 0.2%) plus inorganic filter (titanium dioxide, zinc oxide) dibandingkan, sunscreen yang mempunyai kepekatan iron oxide yang tinggi (3.2%) mempunyai perlindungan yang lebih baik terhadap blue light. 🤫 Maksudnya, bagi mereka yang ada jeragat, kita harus memilih sunscreen yang ada protection terhadap visible light juga untuk elakkan jeragat jadi lebih teruk. Iaitu kita boleh memilih tinted sunscreen yang mempunyai sama ada iron oxide atau pigmented titanium dioxide atau dua2 sekali. Macam mana nak tahu sunscreen mana satu yang ada benda ni? Nak tak Kalau saya share next post sunscreen yang available kat luar dengan harga sekali? Cuba komen kat bawah ni. ️ #tintedsunscreen #visiblelight #bluelight #melasma #jeragat #visiblelightprotection #tipsbydrbazilah
Boleh follow tiktok sy @klinikdrbazilah atau IG saya @dr_bazilah untuk info lanjut berkait rawatan bagi penyakit di atas dan tips-tips lain.
Comentários