top of page
Search
Writer's pictureSiti N

Apa beza eyebag dan dark circle (lingkaran gelap bawah mata)?

Updated: Sep 7, 2023


✅ Eyebag = kantung bag. Selalu boleh jadi dari air atau lemak


❤️👀 - kantung air - - > kalau ada masalah mata sembab. Contohnya lepas nangis, sakit buah pinggang, hati atau jantung.


Nama saintifiknya adalah periorbital edema.


❤️ 👀 - kantung lemak - - > kerana ligament bawah mata yang makin lemah. Sampai buatkan lemak mata terbobos ke luar kawasan kantung.


✅ Dark circle = lingkaran gelap bawah mata.




Tahukah anda ada banyak sebab yang buat kulit tepi mata jadi gelap. Antaranya


1. Allergik atau gatal tepi mata. Sering garu sampai jadi parut hitam. Dipanggil eyelid dermatitis.





2. Lengkung dalam di bawah mata kerana kurang kolagen.


Ia dipanggil juga sebagai mata cengkung. Bila cahaya jatuh pada kawasan berlengkung, bayang2 akan terbentuk dan buatkan kawasan keliling mata kelihatan lebih gelap




3. Genetik yang mempunyai kulit gelap keliling mata.

Jika ibu atau bapa anda ada dark circle, kebarangkalian untuk anda ada juga tinggi.


4. Kulit nipis sehingga nampak salur darah bawah kulit mata. Warna lingkaran biasanya kebiru biruan.


Cara rawatan bagi semua masalah dark circle dan eyebag ni tak sama. Depending on the cause we can treat it accordingly with laser, chemical peeling ataupun dengan rawatan injection bagi dark circle. Untuk eyebag, rawatan seperti minor surgery atau laser boleh dilakukan bergantung pada masalah eye bag anda.. Tapi kalau anda belum bersedia untuk dapatkan rawatan di klinik, anda boleh gunakan product seperti yang akan saya bincangkan pada blog saya yang seterusnya.


Kalau anda belajar sesuatu dari blog saya ni, help me to do a favor by sharing this information to your friends and family and tag me on your social media. Sebarang pertanyaan anda boleh juga komen di bawah ni ya.


Boleh tag n follow saya di tiktok @klinikdrbazilah

Thanks for reading.



793 views0 comments

Comments


bottom of page