top of page
Search
Writer's pictureSiti N

ANAK ADA BIJI-BIJI AIR?

Updated: Sep 7, 2023


Anda pernah pernah dapat penyakit kulit seperti ini?


Penyakit ini dinamakan Molluscum Contagiosum. Selalunya berjangkit pada kanak-kanak berumur 10 tahun ke bawah. Boleh dijangkiti di seluruh kawasan pada badan tetapi kebiasaannya pada muka, badan dan leher .

Mempunyai bentuk seperti biji air dan ada punat di tengah-tengah. Kita panggil umbilicated atau pusat .


Apa punca penyakit ini?


Molluscum berpunca daripada jangkitan virus dinamakan poxvirus.


Bagaimana anda boleh dijangkiti?


Melalui 4 cara :


👉 Sentuhan kulit ke kulit secara langsung

👉 Jangkitan secara tidak langsung melalui tuala, dll

👉 Jangkitan ke diri sendiri melalui cukur atau menggaru.

👉 Melalui hubungan seksual


Bahaya atau tidak?


Pada umumnya, jangkitan ini tidak berbahaya. Jangkitan akan hilang sendiri dan akan mengambil masa 12-18 bulan kalau dibiarkan. Tetapi, jangkitan akan jadi lebih teruk pada orang yang berimuniti rendah seperti pesakit HIV.


Rawatan?


Cukup kalau anda boleh buang isi tengah dalam biji air tersebut. Tetapi ada risiko tangan yang membuang pula dijangkiti. Jadi bagaimana untuk mengatasi masalah ini?


Jika di klinik, antara rawatan yang diberikan termasuklah menggunakan tricycloaceticasid, cryotherapy dengan liquid nitrogen dan juga laser.


Krim yang digunakan untuk merawat ketuat juga ada digunakan untuk kes-kes seperti ini.


Kebanyakan ibubapa yang datang selalunya risau sebab jangkitan ni akan bertambah banyak. Tetapi anda harus ingat yang ianya tidak berbahaya. Cuma tidak menarik dipandang.


Diagnosa yang lebih tepat memerlukan pemeriksaan doktor. Kerana ia boleh kelihatan seperti jangkitan virus seperti chicken pox, skin cancer dan lain lain.


Walaupun saya banyak berkongsi/share tentang sakit kulit dalam post saya, cara terbaik untuk anda adalah mendapatkan konsultasi secara bersemuka dengan doktor anda. Kerana gambar yang saya pamerkan boleh jadi misleading dan tidak tepat.


Selain tu boleh follow tiktok saya @klinikdrbazilah IG saya @dr_bazilah  dan website https://www.klinikdrbazilah.com/klinik-kulit-shah-alam untuk tips-tips berkenaan kulit yang lain.

Terima kasih kerana membaca.😊😍


(Sumber: dermnet, AAD)

6,317 views0 comments

Recent Posts

See All

Comments


bottom of page